Monday, October 24, 2011

apakah syarat poligami mengikut Islam?

apakah syarat poligami mengikut Islam? 
apakah syarat poligami mengikut Islam?

Assalamualaikum W.B.T.,


Umum mengetahui, poligami adalahharus hukumnya. Malah, Islam menggalakkan poligami buat para suami yang berkelayakan.
 
Adakah korang antara suami yang layak untuk berpoligami? Ketahuilah, Kalian-kalian akan layak sekiranya melepasi syarat-syarat berpoligami seperti di bawah:

1. Mampu memberi nafkah

- Syarat ini adalah yang wajib ke atas setiap lelaki yang berkahwin iaitu memberi nafkah kepada isteri.

- Sekiranya kepada isteri pertama pun seseorang tidak mampu beri nafkah yang cukup, maka beliau dilarang daripada berpoligami.


2. Mampu sediakan tempat tinggal

- Selepas nafkah, perkara yang perlu dititikberatkan adalah tempat tinggal untuk isteri.

- Apabila berpoligami, si suami wajib menyediakan tempat tinggal buat isteri- isteri setiap seorang. Jika tak mampu, lupakan niat untuk poligami.


3. Mampu menyediakan kemudahan asas

- Kemudahan asas yang dirujuk dalam syarat ini termasuklah pendidikan untuk isteri dan anak-anak dan sebagainya.


4. Sihat tubuh badan dan tidak sakit

- Jika sakit, bagaimana untuk poligami? Oleh itu, suami yang ingin meneruskan niat poligami perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik agar mampu mencari  nafkah buat isteri dan anak-anak.


5. Mempunyai kemampuan

- Mampu di sini bermaksud suami itu mampu membuat hubungan kelamin bersama isteri.


6. Adil dan saksama

- Seorang suami yang berpoligami wajib bertindak adil. Adil dalam memberi nafkah, tempat tinggal, dan giliran kepada isteri-isteri. Suami juga harus adil kepada anak-anak yang ditanggung.



Bagaimana?


Adakah korang mampu melepasi syarat- syarat yang telah digariskan?


Sekiranya mampu, bermaksud anda layak untuk berpoligami. Jadi, apakah langkah seterusnya? Nak tahu?

boleh ketahui segala-galanya tentang poligami dan langkah-langkah
yang perlu diambil dengan kunjungi
laman web di bawah :


==>
http://goo.gl/bxSes


Semoga panduan yang terdapat di laman tersebut dapat membantu dalam hal poligami.


 
Sekian, wassalam.